Sakit Tulang Pinggul Ketika Pregnant

Korang..memang pregnant akan sakit tulang pinggul ke? sakit ni makin menjadi bila berjalan..peergh..bila nak step je sakit..huhu..memang cmni ke?

Fiya ade google..kebanyakan ckp sakit tu sb baby dah besar..so badan kite berubah nk sesuaikan dgn kdaan..tp fiya baru 7weeks..ke memang cmtu?

Kawan fiya ckp, minum susu..mungkin dapat membantu..tapikan..sejak pregnant ni tekak xbole dengan susu..huhu sedihnya..padahal before ni mmg fav minum susu..

Korag ade tips lain x? kalau ade share ye :-)

Banyak yg fiya google..tp yang ni fiya nak share ngn korang..


Sakit belakang

Sakit belakang ialah perkara yang biasa dilalui semasa kehamilan, ianya disebabkan oleh hormon dan perubahan postur badan yang berubah selari dengan tumbesaran rahim. Berwaspadalah dengan postur badan anda ; dengan menegakkan bahagian pinggul dan elakkan daripada terlalu menyandar ke belakang. Selain itu, pastikan tulang belakang sentiasa dalam keadaan baik dengan bersenam.

Sakit belakang yang kadangkala berlaku mungkin disebabkan oleh kontraksi, di mana kesakitan pada bahagian ini mungkin terasa lebih lagi daripada bahagian abdomen


Sakit pada bahagian pinggul

Sakit pada bahagian pinggul juga dikenali sebagai penyelewengan fungsi simfisis pubis / symphysis pubis dysfunction (SPD). Ianya boleh menjadi lebih parah dan lebih teruk semasa menjalani aktiviti seperti memakai baju, mengangkat barang, berjalan, atau memanjat tangga.

Sebab-sebabnya berbeza – ianya mungkin terjadi kerana hormon kehamilan membenarkan sedikit pergerakan pada tulang pinggul sewaktu kelahiran (terutamanya pada bahagian depan yang dikenali sebagai simfisis pubis, di mana dua bahagian utama pinggul bertemu) , ataupun kemungkinan berlakunya ketidakselarian pada tulang pinggul.

 

Cubalah tip-tip berikut untuk mengurangkan kesakitan :

• Berehatlah pada selang-selang masa yang tertentu.

• Sentiasalah tukar posisi anda.

• Elakkan daripada bersandar ke satu arah, dan sentiasalah tegakkan badan anda ketika berdiri, duduk, ataupun berjalan.

• Jika anda bekerja dalam keadaan duduk atau berdiri, menukar posisi adalah sangat penting.

• Cuba letakkan pek ais selama 15-20 minit pada bahagian yang paling sakit.

• Pakailah kasut rata yang mudah dipakai.

1 comment:

Ain Rahman said...

hai fiya. memang waktu pregnant akan kerap sakit pinggang dan pinggul. sebab baby makin membesar kan. kalau tak boleh minum susu, boleh amalkan OsteMatrix Shaklee. mmg sesuai sgt utk preggy. dpt kurangkan sakit pinggang, kebas2 dan kekejangan. khasiat sebiji Oste ni sama dengan segelas susu dan 80 biji badam. kalau nak, boleh order dgn ain. i'm ready to assist you =)

Copyright to La Belle Fya
Designed by UMIESUEstudio 2015