GST

wow tajuk..cer tengok..yela kan skrg semua orang pun asyik borak pasal GST..kt FB kt IG even kt office semua borak pasal GST.

Rasanya malas nk comment pape sangat pasal GST ni..sb nak xnak mmg dah dikenakan GST kn..Tapi mmg mengaku agak terbeban dengan GST ni hewhewhew..fiya tgk kt fb ramai yg bising2 pasal GST (sb terbeban), tapi dalam kite dok bising tu ade x kite ambik tahu mcm mn nak elak kena tipu? one of my friend post receipt yg dia beli barang, skali fiya tengok kat receipt tu xde GST no..laju2 la fiya bgtahu dia suh report.

Msa fiya blogwalking, sis katty ade share pasal nak elak kena tipu, so fiya nak copy n tepek sni (thanks sis kasi fiya copy paste)

1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atatu tidak.

2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (Akta SSM) dan juga nombor pendaftaran GST. Jika GST dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.


3 Setelah berurusniaga, semak nama dan nombor pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.

4. Jika syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi. Peniaga boleh dikenakan denda RM200,000 jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, JANGAN BELI.






No comments:

Copyright to La Belle Fya
Designed by UMIESUEstudio 2015